Aku taknak ada anak. Bukan aku tak suka budak. Cuma aku tak rase aku nak jadi Ayah, Abah, Papa, Daddy dan yang segelaran dengannya. Bukan la mati pucuk, tapi aku cuma aku tak rasa aku boleh jadi ayah. Selalunya kalau masa belajar kat U dulu,
aku selalu bagitau member aku:
"Aku tadehal kawin muda, tapi aku tak sure aku bole handle anak..
Besar sangat tu tanggungjawab...Uuu~~ tak sure la..."
kalau member perempuan (termasuk awek) diorang akan jawab:
"Boleh, nanti bile ko jadi ayah ko otomatik bole handle anak ko.."
kalau member laki diorang akan jawab:
".................. ~ ...................hurmm...."
Bagi aku untuk memegang amanah seorang bayi/anak bukan mudah. Parents perlu menjadi contoh. Parents tidak boleh bergaduh depan anak kerana kita akan hilang pertimbangan semasa marah. Dan banyak perkara bodoh kita akan lakukan. Dan anak yang memerhati akan hilang rasa hormat kepada kita. Hilang rasa hormat pada ibu, hilang rasa hormat pada ayah, atau kedua-duanya skali. Apabila hilang rasa hormat, seterusnya mereka akan mencari orang lain yang mereka ingin hormati. Orang luar, yang belum tentu ada rasa sayang pada anak kita seperti mana seorang ibu atau ayah. Seterusnya mereka hilang arah dan membawa kepada gejala sosial yg so-sial.
Exagerating? Ini sebenarnya yang berlaku. Aku tahu semua ni seawal umur 18 tahun. Sebelum aku ada anak. Macam mana aku tau semua ini??
**flash back**
Sewaktu di Universiti aku sering menjadi fasilitator program motivasi. RM50 / hari untuk mendengar rintihan peserta yang dihantar oleh parents mereka. Menurut parents mereka, anak-anak mereka mempunyai masalah. Menurut anak mereka pula, parents mereka memberikan mereka masalah.
**flash back ends**
Jadi, dalam kes ini, aku rasa tidak adil salahkan anak kerana parents yang membentuk mereka. Mereka datang ke dunia dalam keadaan fresh, tak tau apa-apa, kita yang membentuk mereka. Dengan apa yang kita katakan, dan yang penting dengan apa yang kita lakukan.
So, that is why I really not sure I can be a good Dad.
Long story shorten.
Aku kahwin. For sure I have all the possibilities to have a baby!!
Kebarangkalian aku mandul :: Elok je rasenye. (tak perlu penjelasan detail part ni)
Perancangan keluarga :: I don't like this idea. Tak kire apa yang perubatan moden katakan.
Bagi aku anak adalah kerja Tuhan.
So, I don't really like the idea "Doc trying to do God works"
So, I down on my Sejadah praying to Allah.
"Ya Allah, jika aku sudah bersedia menjadi ayah yang baik, Engkau kurniakan aku dengan
anak. Jika tidak, jangan berikan Ya Allah. Engkau Yang Maha Mengetahui."
22nd July 2012.
Thanks to Pn Siti Raihan. This guy came to my life.
This guy changed my life BIG TIME.
Ada orang kata aku makin tak terurus. Ada orang kata aku makin matang. (OK, tipu je, takde orang kate aku makin matang). Tapi aku baru je nak stabilkan diri menjadi seorang yang terurus dan matang. I was gifted with this little guy. I rearranging everything, and i still doing it eventhough some people say I will never change. Sukati diorng la nak kata apa.
Apa yang aku tau aku berusaha menjadi lebih baik untuk keluarga aku. But I take note whoever gives encouraging comments. Dalam bab menjadi matang? Nope, I think I'm fine with my thinking. I just think different from others does not mean I'm immature.
I still doubt my ability to raise a child. But what I do know I will do anything for my family. Sebab sebab aku sayangkan diorang. Maybe my methods a bit different from others parents, but I will do my best to make sure my son grow up as a fine Muslim who make Prophet Muhammad S.A.W as his mentor. That's all that matters.
Let's hope for the best. Mungkin suatu hari nanti anak aku surf the internet dan jumpa post ni.
"Whatever sh*ts happen to you. Remember good things are coming. Keep the smile on your face. Abi sayang kamu Thaqif."
-peace & love-
Fawaz

No comments:
Post a Comment